e-Persatuan Online

Persatuan Penduduk Serenia Anira, Bandar Serenia, Sepang, Selangor

Log Masuk Semakan Status Keahlian

Persatuan Penduduk Serenia Anira, Bandar Serenia

Pengenalan

Persatuan Penduduk Serenia Anira, Bandar Serenia, Sepang, Selangor telah diluluskan pendaftarannya sebagai sebuah pertubuhan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 18 Disember 2024.

Persatuan Penduduk Serenia Anira mula membuka pendaftaran keahlian kepada penduduk Serenia Anira pada 1 Januari 2025.

Terma dan Syarat Keahlian Persatuan

1. Terbuka kepada penduduk yang menetap di Serenia Anira sahaja sama ada pemilik rumah kediaman atau penyewa.

2. Berumur 18 tahun dan ke atas.

3. Yuran pendaftaran keahlian adalah sebanyak RM10.00 (bayaran sekali sahaja) dan Yuran tahunan adalah RM100.00 setahun.

4. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada 31 Mac setiap tahun.

5. Permohonan dianggap tidak lengkap jika maklumat yang diperlukan tidak diisi dengan lengkap

6. Terma dan syarat adalah tertakluk kepada pindaan dari masa ke masa.

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan mengenai Persatuan Penduduk Serenia Anira sila hubungi:

Setiausaha
Persatuan Penduduk Serenia Anira
No. 21, Jalan Aman Serenia 11/7
Bandar Serenia
43900 Sepang, Selangor
Emel : anira.resident.association@gmail.com